Kamarudin Kachar meninggal di IJN

by Oh! Semput


11
SHARES
138
VIEWS
Posted on 20 Dec 2016 19:01:03

BEKAS KP Biro Tatanegara, Prof Datuk Dr Kamarudin Kachar meninggal dunia di IJN, jam 8.40 malam tadi.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Prof Datuk Seri Dr Kamarudin Kachar kembali ke rahmatullah di Institut Jantung Negara (IJN), jam 8.40 malam tadi.

Kamarudin, 83, juga adalah bekas Ketua Pengarah Biro Tatanegara dan bekas Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL).

Anaknya, Khairul Annuar, 55, berkata bapanya dimasukkan ke IJN untuk rawatan sejak dua minggu lalu.

“Bapa berada dalam keadaan stabil sebelum koma malam ini (tadi),” katanya ketika ditemui Bernama di IJN, malam tadi.

Jenazah Kamarudin akan dibawa ke Sungai Ramal, Kajang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal, pagi ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Seri Che Tom Osman, 80 dan empat anak.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts