Kambing Perap Dapat ‘Rating’ Rendah, Zara Zya Ucap Terima Kasih – “Kalau Tak Sedap Tak Apa, Jangan Beli Lagi..”

by Oh! Semput


7
SHARES
89
VIEWS
Posted on 20 Mar 2025 10:00:59

Baru-baru ini, tular satu hantaran yang dibuat oleh seorang pelanggan yang meluahkan rasa kecewa terhadap juadah kambing perap yang dijual oleh pelakon, Zara Zya di Bazar Ramadan Jalan Kebun.

Menerusi perkongsian tersebut, individu itu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa berat kambing perap yang dibeli tidak sampai 150 gram seperti yang tertera di gerai jualan pelakon itu.

Advertisement

zara zya kambing perap

 

Bukan itu sahaja, individu tersebut turut memberikan ‘rating’ 1 daripada 10 terhadap kambing perap tersebut.

150 gram sekali dengan kubis mungkin. Lepas buang kubis jadi 130 gram.

 

Rasa dia 1/10. Masa beli memang tak boleh tengok isi sebab dia dah siap packing. Kita tinggal bayar saja.

Susulan itu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin tampil memberi respon di Facebook akaunnya.

Pelakon itu bersikap terbuka dengan komen yang diberikan namun dia meminta agar pelanggan itu tidak menghasut orang lain untuk tidak membeli sekiranya tidak suka dengan jualannya.

Terima kasih untuk semua yang komen, apa yang tak baik saya akan perbaiki. Kalau nak yang solid puas hati beli yang frozen punya ya, RM59 untuk 1.2kg.

 

Tak ada sayur kubis yang potong macam orang malas dan sos pun asing.

 

Kalau tak sedap, tak apa jangan beli lagi. Tapi janganla hasut orang lain pula ya.

Sebelum ini, tular di TikTok memaparkan perniagaan kambing perap Zara Zya di Bazar Ramadan Jalan Kebun, Shah Alam.

Zara zya nafi bernikah di thailand
4 months ago

Zara Zya Nafi Dakwaan Dirinya Sudah Bernikah Di Thailand

Kambing Perap Dapat ‘Rating’ Rendah, Zara Zya Ucap Terima Kasih – “Kalau Tak Sedap Tak Apa, Jangan Beli Lagi..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts