12.12 Shopee Voucher

Kanak-kanak 3 tahun di AS maut tertembak diri sendiri pada majlis ulang tahun

by Oh! Semput


HOME Posted on 28 Oct 2020 09:01:02



KONGSI ARTIKEL

HOUSTON: Seorang kanak-kanak lelaki 3 tahun di Texas meninggal dunia setelah dia tertembak dirinya sendiri menggunakan pistol yang ditemuinya di majlis ulang tahunnya, menurut polis pada Isnin (26 Okt).

Kanak-kanak itu sedang menyambut hari lahirnya bersama keluarga dan rakan-rakannya pada Sabtu apabila orang-orang dewasa di majlis itu terdengar bunyi tembakan semasa bermain kad.

Kanak-kanak itu ditemui dengan luka tembakan di bahagian dada dan dikejarkan ke sebuah balai bomba, di mana dia meninggal dunia, menurut Jabatan Syerif Daerah Montgomery.

Pihak berkuasa menyatakan mangsa menemui pistol yang terjatuh daripada kocek seorang saudaranya.

Kumpulan Setiap Bandar untuk Keselamatan Senjata Api menyatakan bahawa sejak permulaan tahun ini, Amerika Syarikat mencatat sekurang-kurangnya 229 kejadian tembakan tidak disengajakan oleh kanak-kanak, menyebabkan 97 kematian.

Sepertiga orang dewasa di Amerika Syarikat memiliki senjata api, dengan hak memiliki senjata api dijamin dalam Pindaan Kedua Perlembagaan Amerika Syarikat.

Texas adalah antara negeri yang mempunyai undang-undang paling longgar berkenaan pemilikan senjata api.

- AFP/TQ/tq

Tagged Topics

KONGSI ARTIKEL

12.12 Birthday Sale 2020

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News