Kandungan semakin sarat, Fasha Sandha tak dapat nak beraya jauh2

by Oh! Semput


HOME Posted on 02 Aug 2020 23:05:29



Sedang menghitung hari untuk melahirkan, dramatis terkenal, Fasha Sandha yang juga isteri kepada pelakon Aidil Aziz dilihat tetap semangat meraikan Aidiladha bersama keluarga.

Walaupun tidak dapat pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Korban, namun Fasha tidak melepaskan peluang berhari raya di kediaman saudara mara berhampiran bagi melepaskan kerinduan bersama keluarga.

Fasha yang dijangka bersalin tidak lama lagi juga kelihatan cukup gembira meraikan Aidiladha dan berpakaian sedondon dengan suami tersayang.

Menurut pelakon itu di Instagramnya, dia tidak dapat pulang ke kampung suami di Rembau dan hanya boleh berhari raya berdekatan rumah sahaja. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk berkunjung ke rumah mak ciknya.

alt

Susulan daripada perkongsian yang dibuat, pelbagai komen di terima di ruangan Instagram selebriti tersebut. Ada yang menyatakan rasa kasihan kerana tidak dapat pulang ke kampung dan ada juga yang dapat mengagak betapa meriahnya pertemuan itu melihat daripada gambar yang disertakan oleh Fasha.

alt

alt

alt

: Fasha Sandha

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...