Kapak Menggamit Semangat Raya Dengan Single Terbaharu “Rona Raya”

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 24 Feb 2026 08:01:38

Industri muzik rock tanah air Kapak, sekali lagi mencuri tumpuan peminat apabila melancarkan lagu terbaru mereka berjudul Rona Raya” pada 13 Februari 2026. Single ini dihasilkan khusus bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri, membawa mesej kesyukuran, kegembiraan dan nilai silaturahim yang menjadi tunjang perayaan di Malaysia.

Berbeza dengan lagu raya konvensional yang sering menekankan elemen sayu dan melankolik, ‘Rona Raya’ tampil dengan susunan muzik yang lebih bertenaga, melambangkan semangat kebangkitan dan kegembiraan komuniti rock dalam menyambut hari kemenangan. Liriknya pula menyentuh tentang kepelbagaian warna kehidupan dan keindahan ukhuwah yang terjalin erat setiap kali musim lebaran menjelma.

Sejak pelancarannya, lagu ini mula mendapat perhatian di pelbagai platform penstriman digital, dengan ramai pendengar memuji keutuhan vokal dan petikan gitar yang tetap mengekalkan identiti “signature” kumpulan Kapak

Video muzik rasmi “Rona Raya” turut mendapat sambutan hangat sebaik dilancarkan di saluran YouTube, menampilkan visual yang penuh warna, menggambarkan kehangatan dan keceriaan sambutan raya. Sejak itu, lagu ini tular di media sosial, menjadi antara pilihan lagu raya yang popular untuk tahun 2026.

Selain mempersembahkan hiburan, lagu ini turut memberi nafas baru kepada muzik raya moden Malaysia, menggabungkan unsur nostalgia dengan gaya terkini. Dengan sambutan positif daripada peminat, “Rona Raya” dijangka akan menjadi lantunan utama Aidilfitri, menambah keriangan dalam suasana perayaan serta memperkukuh industri muzik tempatan.

Kapak Menggamit Semangat Raya Dengan Single Terbaharu “Rona Raya” #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts