12.12 Shopee Voucher

Anak kapal MV Dayang Topaz tiba di Pelabuhan Miri

by Oh! Semput


HOME Posted on 28 Oct 2020 00:01:41



MIRI, 10 Rabiulawal 1442H, Selasa – Semua mangsa kapal platform MV Dayang Topaz, yang merempuh sebuah pelantar minyak di perairan Kuala Baram awal padi tadi, selamat tiba di Pelabuhan Miri pada jam 2.30 petang dan diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan, demikian menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Agensi itu berkata kapal tersebut, yang hampir karam sebelum kapten dan anak kapal berjaya mengawal keadaan di tengah-tengah keadaan cuaca buruk dan ombak tinggi itu, kini berlabuh kira-kira empat batu nautika dari Kuala Sungai Miri.

“Mengenai dakwaan yang tular mengatakan seorang lagi anak kapal maut dalam insiden itu masih belum dapat disahkan dan sebuah helikopter PETRONAS diatur untuk membawa pegawai perubatan dan anggota polis ke pelantar minyak Baram B untuk mengesahkannya,” kata APMM dalam kenyataan di sini.

Dalam kejadian itu, terdapat 187 anak kapal berada dalam kapal berkenaan sebelum 126 daripada mereka terjun ke laut bagi menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, seorang dilaporkan meninggal dunia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

12.12 Birthday Sale 2020

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News