Kapasiti Bateri iPhone 18 Pro Mungkin Hanya Naik Sedikit Berbanding iPhone 17 Pro

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 03 Jun 2026 04:00:25

Kapasiti bateri bagi iPhone 18 Pro dikatakan akan dinaikkan sedikit berbanding generasi semasa.

Menurut laporan MacRumors yang memetik sumber Digital Chat Station, varian iPhone 18 Pro untuk pasaran China (versi dengan slot SIM fizikal) akan dilengkapi bateri 4,056 mAh.

Sementara itu, varian iPhone 18 Pro untuk pasaran Amerika Syarikat (eSIM-sahaja) pula dijangka mempunyai bateri 4,288 mAh.

Peningkatan ini agak kecil berbanding iPhone 17 Pro, tetapi dijangka akan memberikan masa penggunaan yang lebih baik apabila digabungkan dengan cip A20 Pro yang lebih jimat tenaga menggunakan proses 2nm.

Tidak pelik jika kapasiti bateri naik sedikit sahaja kerana iPhone 18 Pro berkemungkinan iPhone 17 Pro yang ditambah baik. Tidak akan banyak perubahan pada model baharu. Ini kerana desas desus mengatakan “iPhone 20” yang bakal menerima naik taraf besar.

Apa-apa pun, siri iPhone 18 dijangka akan dilancarkan pada September 2026.

{suggest}

Kapasiti Bateri iPhone 18 Pro Mungkin Hanya Naik Sedikit Berbanding iPhone 17 Pro WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts