Kareena Kapoor Mahu Jual Gambar Bayi Sulung?

by Oh! Semput


11
SHARES
147
VIEWS
Posted on 05 Oct 2016 14:00:34

Meskipun belum lagi tiba masa untuk aktres ini melahirkan bayi sulungnya tetapi Kareena Kapoor sudah pun dibanjiri tawaran untuk membeli gambar bayi sulungnya itu dari syarikat-syarikat penerbitan.

668457

Umum tahu yang mana Kareena Kapoor bersama suaminya, Saif Ali Khan sedang menanti kelahiran bayi pertama mereka yang dijangka dilahirkan sekitar bulan Disember nanti.

Khabar dari bumi Bollywood membawa berita yang mana aktres menawan ini tidak henti menerima tawaran dari syarikat-syarikat penerbitan yang ingin membeli gambar-gambar bayi sulungnya itu nanti.

sub-buzz-10598-1472452973-1

Launch of Asian Sunday London Edition at the House of Commons - Photocall Featuring: Kareena Kapoor Where: London, United Kingdom When: 29 Oct 2013 Credit: Lia Toby/WENN.com

Kareena sudah semestinya gembira dengan perkara itu. Tetapi yang pastinya jawapannya untuk tawaran itu ialah ‘tidak’.

“Dia tidak akan sekali menjual gambar-gambar anak sulungnya itu nanti. Tetapi ya, Kareena rasa teruja dengan permainan pembidaan syarikat-syarikat ini dan dia mahu melihat setinggi mana kuota pembida yang mahukannya,” ujar sumber terdekat kepada Kareena kepada portal BollywoodLife.

Dikhabarkan Kareena dan Saif sudah pun bersedia untuk menyambut bayi sulung mereka itu. Bahkan, pasangan ini juga dikatakan bakal terbang ke Dubai untuk babymoon.

Menurut laporan dari Bollywood juga, Kareena turut berkongsi yang dia sukakan makanan pedas Punjabi dan itu adalah makanan yang dia idamkan sejak beberapa hari ini. Pasangan ini juga ada merancang untuk menamakan bayi mereka Saifeena. Kareena sebelum ini pernah dengan bangganya mengumumkan jantina bayi pertamanya itu iaitu bayi perempuan.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts