DSV rasa kasihan, menangis lihat video Abang Bas peluk ibu lepas diikat jamin

by Oh! Semput


21
SHARES
272
VIEWS
Posted on 20 Sep 2024 14:00:42

DSV rasa kasihan dan menangis apabila menonton video Abang Bas memeluk ibunya selepas bebas dari tahanan setelah bayaran ikat jamin dibuat.

Menerusi video yang dikongsi usahawan tersebut, dia menyatakan rasa kasihan kepada Abang Bas memandangkan turut mempunyai anak bujang di rumah.

DSV rasa kasihan

DSV rasa kasihan, percaya Abang Bas memang seorang yang penyayang budak2

Ujar Dato Seri Vida, sewaktu melihat video berkenaan, dia dapat rasakan bahawa Abang Bas memang seorang yang penyayang lebih-lebih lagi ketika dia mencium ibunya.

Dia juga menyatakan video sewaktu Abang Bas mencium anak buahnya adalah bentuk kasih sayang dan bukan tindakan yang disifatkan gangguan apabila melihat dari gerak tubuhnya.

Instagram will load in the frontend.

DSV rasa kasihan, akui diri sendiri pun tak tahu maksud ‘crush’

Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar,  Hasmiza Othman, 51, enggan menyetuh perihal kes tersebut dan hanya merasakan kasihan dengan Abang Bas apabila ditahan disebabkan penggunaan kata ‘crush’ yang dia sendiri tidak tahu maksudnya.

Menurut usahawan itu, dia juga akui tidak tahu maksud perkataan tersebut walaupun anak-anaknya kerap menggunakannya di rumah.

alt

Artikel lain: Abang Bas bebas selepas bayar ikat jamin, menangis peluk ibu ayah

Ucap terima kasih kepada peguam

Namun begitu, Vida telah menzahirkan rasa terima kasih kepada Datuk Zaharil atau dikenali sebagai Peguam Pencil Box kerana mengambil kes ini serta membantu proses ikat jamin tempoh hari.

alt

DSV rasa kasihan dekat Abang Bas, Abby Abadi pun sokong

Perkongsian usahawan itu telah mendapat respon yang pelbagai di media sosial termasuklah pendapat daripada selebriti, Abby Abadi.

Abby menyatakan yang dia yakin Abang Bas tidak bersalah dan bersetuju dengan Dato’ Seri Vida di mana tahu yang pemuda terbabit pasti tidak berniat seperti yang digembar gemburkan.

alt

Terdahulu, keluarga Abang Bas telah berjaya membayar ikat jamin sebanyak RM40,000 di Mahkamah Muar selepas pemuda terbabit ditahan atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan pertuduhan kedua pula mengikut Seksyen 159a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terdahap Kanak-Kanak 2017.

Walau bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan telah diwakili peguam, Datuk Zaharil Muhaiyar secara probono.

: Instagram datoserivida

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts