Katering Tak Kunjung Tiba, Pengantin Tanggung Malu

by Oh! Semput


7
SHARES
93
VIEWS
Posted on 27 Dec 2016 05:01:18

MALU besar… demikian yang ditanggung sepasang pengantin dan keluarga di Shah Alam apabila tetamu yang dijemput, pulang dengan perut kosong apabila katering yang diupah tidak datang seperti yang dijanjikan untuk membawa makanan kenduri.

Lebih menyedihkan, pengantin yang sepatutnya diraikan pada Ahad lalu ini, terpaksa menghabiskan masa sehingga larut malam di balai polis dengan keadaan masih berbaju pengantin.

1-mizz-nina-noh-tak-tertekan-disoal-tentang-zuriat-rotikaya

2-1
Kisah malang yang menimpa pasangan pengantin baharu ini diceritakan oleh seorang netizen bernama Ahmad Faizala di laman Facebooknya, yang juga pernah menjadi mangsa pihak yang sama dua tahun lalu.

Menurut Faizal, penipuan katering itu dilakukan oleh perancang majlis yang dikenali sebagai Ar-Raudhah Bridal.

4

Paling tak disangka, dakwa Faizal, penipuan katering ini dilakukan oleh seorang wanita berniqab bernama Azura Suhana Ahmad Sukarno iaitu pemilik perancang majlis tersebut.

Pada masa yang sama, Faizal turut meluahkan rasa kecewanya mengenai perundangan negara ini.

Katanya, Azura masih lagi bebas meskipun laporan polis sudah dibuat gara-gara dia pandai berlakon.

Sementara itu, Faisal percaya wanita itu mempunyai unsur pukau dan ilmu pelembut hati kerana pelanggannya mudah membuat bayaran penuh beberapa bulan sebelum majlis berlangsung. – MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts