Kawalan Media Akan Hadir Secara Tetingkap Terapung Pada Google Chrome

by Oh! Semput


HOME Posted on 30 Jun 2020 20:04:40



Kawalan media pada Google Chrome seringkali dikemaskini. Tahun ini, Google telah memberikan sokongan kawalan media pada Chrome dengan kemampuan Chromecast terbina. Turut akan terdapat ikon muzik yang boleh ditekan untuk kawalan seperti main, jeda, langkau atau kembali ke muzik sebelumnya.

Terkini, Google dilihat sedang bersedia untuk memperkenalkan tetingkap kawalan media yang sentiasa terapung. Ini bermakna, tidak kira tab mana sedang dibuka – akses terhadap kawalan media ini sentiasa mudah dicapai. Ini bermakna, selagi Google Chrome sedia terbuka – selagi itu pengguna boleh mengakses dengan mudah pada kawalan media. Google akan uji perkara ini pada Google Chrome versi Canary terlebih dahulu melalui flag;

chrome://flags/#global-media-controls. 

Walau bagaimanapun, buat masa ini pengguna masih tidak boleh mengakses ciri ini. Ia hanya akan dimasukkan dalam Chrome Canary tidak lama lagi. Sasaran Google adalah untuk pengguna yang gemar membuka pelbagai tab dan tidak perlu tekan berkali-kali pada ikon muzik jika ingin membuat kawalan.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...