Kawan Minta Review Produk , Inilah Hasilnya . Kesan Keracunan Produk Kosmetik , Mata Bengkak Teruk !

by Oh! Semput


51
SHARES
662
VIEWS
Posted on 02 Jul 2017 03:00:59


Biasanya kina akan pakai eyeshadow dari creme blush kina sahaja. Pernah juga pakai brand lain tapi brand yang kina dah biasa guna. Beli kat sasa or sephora. Tak pernah beli brand lain.

Lagi pun kina bukan kaki mekap nau pun. Kina biasa mekap tang mata dengan lip matte. Muka memang free dari bedak or pondation. Faktor tak berapa rajin.

Kebetulan ada kawan kina minta review produk dia. Kina tak salahkan kawan kina. Dia pun tak tahu kan. Kina sendiri tak tahu kulit kina boleh tahap sensitif macam ni. (Kawan kina dah tahu dari produk dia)

Tapi apa yang doktor cakap dekat kina, yes kina keracunan produk. Sebab kina pakai sekali je terus jadi. Betul lah agaknya kulit kina dah manja dengan bahan natural organik. Kalau nak pakai make up pun kena beli yang mahal oberdose tu ha. So far, kalau kina pakai memang ok je.



Raya pertama tu kina terus pergi klinik kena inject kat punggung. Dan doktor bagilah segala khazanah ubat untuk kina makan.

Lepas tu, malam raya pertama hubby tersayang bagi bini dia makan kuah kacang dalam kuah kacang tu ofkos ada kacang dan udang kering. Siang balik dari klinik elok je kina makan kuih raya. Kuih raya pun tak boleh sebab dalam tu ada telur melambak.


Bangun pagi, tengok kat mulut kina pula start naik rashes dan nak start bengkak keliling mulut. Effect dari kuih raya dan kuah kacang yang kina makan.

Terus hari raya kedua tu pergi jumpa doktor balik. Risau mata macam makin bengkak. Takut meletup pula. haha. Doktor cakap, sebab dalam darah kina tengah alergik, so bila makan makanan yang menyebabkan kegatalan boleh ada kesan alergik juga.

Effect lepas injek, bengkak kina akan surut ke bawah. Nampak gambar raya kedua kina dah start nampak kelopak mata. Cuma bengkak kat bawah tu makin besar. Dah sama rata dengan batang hidung tau. Itu kesan normal. Nanti bengkak kat bawah tu akan hilang.

So, lepas tu pepaham lah sendiri kena pantang makan kawkaw. Asyik nak membuta je sebab doktor ada bagi ubat tidur. Lagi pun mata rasa berat. Bayangkan nak buka mata pun kena angkat kening.

Kaklong ecah siap tanya, 'Mak, nampak saya tak?' Siap melambai lambai kat kina

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts