Isu Kebun Durian Haram, Ahli Parlimen Raub & Pengerusi SAMKA Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 15 Apr 2025 10:01:14

Melalui laporan Malaysia Gazette, Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Gabungan Selamatkan Musang King (SAMKA), Wilson Chang telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas hampir 20 jam ditahan untuk membantu siasatan.

Ahli Parlimen Raub dibebaskan

Difahamkan, kedua-dua individu berkenaan meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub pada jam 11.30 pagi tadi selepas kedua-duanya ditahan oleh pihak polis pada jam 4 petang, semalam, kerana disyaki menghalang penjawat melakukan tugasan.

Advertisement

Menurut Yu Hui, penahanan mereka adalah demi mempertahankan suara dan nasib para pekebun durian di Raub selepas sekian lama menahankan hak ke atas tanah yang telah diusahakan oleh mereka.

ahli parlimen raub dibebaskan

Sejak lima hingga enam dekad lalu, mereka telah berusaha memohon geran tanah dan permit penanaman sementara. Sekalipun kini wujud campur tangan syarikat besar, asalkan pekebun dilayan dengan adil, kami sedia untuk duduk berbincang dan menjalin kerjasama.

Kecewa penebangan pokok durian berterusan

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menggesa pihak kerajaan negeri Pahang menghentikan tindakan penebangan.

Bahkan, sempat meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan penebangan pokok durian yang berterusan biarpun perintah mahkamah masih berkuatkuasa.

ahli parlimen raub dibebaskan

Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Kami sentiasa terbuka untuk berbincang dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan, tetapi mestilah atas asas keadilan dan saling menghormati.

kesultanan pahang
1 day ago

"Saya Pun Naik Darah" – Al-Sultan Abdullah Bersikap Tegas Berhubung Kes Pencerobohan Tanah Di Pahang

Isu Kebun Durian Haram, Ahli Parlimen Raub & Pengerusi SAMKA Dibebaskan Dengan Jaminan Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts