Keburukan berlari

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Sep 2021 13:31:42



Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Isnin blues.

Kalau sebelum ni kita asyik cerita tentang tips-tips dan kebaikan berlari, aktiviti berlari, cara dan teknik yang betul ketika berlari, cara berlari untuk kurus, kali ni kita cerita keburukan berlari pula.



Berlari pun ada keburukan ke? Eh ya betul tu ada beberapa keburukan kerap berlari ni antaranya ;

1. Tua sebelum usia. Macam mana boleh jadi macam ni? Ini berlaku kalau kita asyik berlari pagi dan petang berbelas km sehari, kalau seminggu dah beratus km.

Badan akan jadi kurus  muka cekung dan kelihatan lesu. Bila badan selalu diletihkan diri akan nampak sedikit tua dari usia sebenar. 

2. Mengecilkan otot. Perasankah anda cutting badan pelari jarak jauh atau marathon berbanding pelari pecut agak berbeza. 

Pelari jarak jauh masih ada otot tapi cutting mengecil dan tak kelihatan sasa banding pelari pecut.

3. Menyebabkan sakit badan. Apabila kerap berlari setiap hari menyebabkan badan tiada masa untuk recovery/ pemulihan pada otot-otot.

Ini menyebabkan badan terbeban dan kerap sakit2.

4. Membuang masa dan tenaga. Ada orang suka berlari hingga berjam-jam masa digunakan untuk kejar kilometer. 

Bukan ke lebih baik ada masa digunakan untuk aktiviti sihat seperti berkebun, bersama keluarga, menonton tv.

Sekadar peringatan bersama....

Bersukan atau apa jua aktiviti yg dilakukan hendaklah jangan berlebihan. Sentiasa peka dgn keadaan badan, jantung dan latihan dilakukan.

Bersenam atau bersukan secara berlebihan boleh memberi kesan negatif pada jantung, arteri, otot dan sebagainya. Bersenam setiap hari atau jumlah frekuensi yang banyak dalam tempoh sehari tidak semestinya memberi kesan yang baik. 

Ini kerana perbuatan yang di lakukan secara berlebihan dan mendadak boleh menyebabkan mudarat. 

Oleh itu, pengetahuan terhadap teknik senaman yang betul adalah sangat penting. Jika ia tidak dilakukan secara ansur maju atau dengan betul ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada individu tersebut.

Sekian beberapa keburukan berlari untuk dikongsi

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News