Kecilkan Pori-Pori Dan Cerahkan Kulit Dengan Menggunakan 2 Bahan Ini. Jimat!

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 04 Oct 2016 18:00:49



Setiap wanita pasti mengidamkan punya wajah yang halus dan putih, atau mungkin mahu kulit yang bebas daripada segala masalah kulit.

Sesetengah wanita sanggup menghabiskan duit semata nak tutup cela di wajah tapi wanita, pernahkah anda terfikir nak cantik dengan cara semulajadi.

Ramai yang tidak tahu bahan semulajadi sebenarnya mampu mencerahkan dan menghaluskan kulit anda walaupun ia mungkin mengambil masa yang sedikit lama. Tapi percayalah cara ini jauh lebih selamat dan jimat.

Kulit kayu manis mampu membuat pori-pori kulit mengecil. Selain itu, kulit kayu manis mengandungi zat anti bakteria yang berguna untuk mengubati infeksi pada kulit.

Dengan menggunakan masker kayu manis dan madu, ini akan membuatkan kulit wajah bebas jerawat, lebih halus, dan cerah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

2-3 sudu serbuk kayu manis

1 sudu makan madu

Cara penggunaan:

1. Campurkan kedua-dua bahan ke dalam satu mangkuk, kacau sebati.

2. Cucilah wajah terlebih dahulu sebelum menggunakan masker kayu manis ini.

3. Sapukan masker pada wajah (pastikan tangan bersih).

4. Biarkan selama 20 hingga 30 minit sampai masker kering dan cuci dengan air dingin.

5. Keringkan dengan tuala bersih.

Lakukan rutin ini 2-3 kali dalam seminggu untuk hasil yang terbaik. Gabungan dua bahan ini akan sangat efektif untuk membuat wajah anda semakin cantik dan mulus. Selamat mencuba.

Kredit: http://sajakongsi.com/

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts