save 2.0

Isu Kedai Makan Tutup Jam 8 Malam, Netizen Minta Kerajaan Buat Perubahan

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Jan 2021 11:01:25



Perintah Kawalan Pergerakan buat kali kedua telah diumumkan oleh kerajaan. Berkuat kuasa pada Rabu, 13 Januari, 12.01 pagi, 6 buah negeri yang menerima kesan buruk wabak COVID-19 telah diletakkan di bawah PKP, manakala 6 negeri lagi berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Susulan daripada itu, negara juga berada di bawah perintah darurat sehingga bulan Ogos tahun ini setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Antara yang menjadi tumpuan pada hari pertama PKP yang dijalankan di 6 buah negeri termasuk Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah adalah premis yang menjual barang keperluan, terutamanya makanan.

Untuk rekod,  Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  berkata bahawa aktiviti jualan makanan di restoran, kedai, gerai, kenderaan saji (food truck) dan penjaja tepi jalan di negeri yang terbabit PKP, dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam, lapor Berita Harian.

Kebenaran untuk beroperasi pada waktu terbabit juga diberikan kepada kepada penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan di tepi jalan, kios, kedai runcit serta kedai serbaneka. Manakala hospital dan klinik dibenarkan beroperasi selama 24 jam.

Bagaimanapun, kebenaran beroperasi sehingga jam 8 malam bagi kedai makan dilihat sebagai satu yang membebankan buat netizen. Ini kerana kebanyakan daripada mereka adalah individu yang kerjanya habis pada waktu malam. Bagi mereka tidak sempat jika mahu membungkus makanan jika kerja habis jam 7.30 petang atau lewat malam.

Alasan mereka adalah, disebabkan kerajaan sudah tidak membenarkan lagi dine in atau makan di kedai, jadi apa salahnya jika waktu operasi restoran dipanjangkan kepada jam 10 malam atau jam 12 malam. Ini bagi memudahkan mereka yang kerjanya habis lewat malam, supaya tidak terkejar-kejar mahu membungkus makanan.

Berikut adalah sebahagian daripada keluh kesah netizen yang diambil di laman Twitter ;

Pasal kedai makan tutup pukul 8 malam ni kalau pakat-pakat bersuara mungkin akan ada perubahan.

— Fadzilah Mamat (@FadzilahMamat) January 13, 2021

sedihnya semua kedai tutup pukul 8 :( nak beli makan malam pun tak sempat dah

— D (@dnsrdnl) January 13, 2021

bf aku habis kerja pukul 10 malam tapi kedai makan tutup pukul 8 :(

— ✨ (@_ainoah) January 13, 2021

Pukul 8 selalunya org baru lepas lelah penat bekerja baru fikir nak makan apa, malangnya kedai semua dah tutup.

Bg yg kata order awal2 la kalau tau malam nak makan. Pukul 6pm punch out tp 5.57pm boss add on kerja yg kena settle 'URGENT' kononnya tu, sempat ke nak fikir makan apa https://t.co/e6reAXNuyQ

— GadisNasiLemak (@mazaleaseles) January 13, 2021

HAHAHA habis shift pukul 8.30 malam. Nak tapau makan pun kedai dah tutup. Hm https://t.co/I3ZNjU0uIF

tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News