6 Lot Kedai Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

by Oh! Semput


6
SHARES
80
VIEWS
Posted on 23 Dec 2016 08:01:00

SANDAKAN – Enam lot kedai tiga tingkat jenis kekal di Batu 8 Jalan Sibuga Jaya 20 di sini musnah dalam kejadian kebakaran awal hari ini.

Ketika dihubungi di sini, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Razali Awang Ahmad berkata lima buah jentera bersama 19 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 2.39 pagi.

Menurutnya kebakaran membabitkan tiga lot kedai masing-masing di tingkat satu dan dua.

“Operasi terkawal pada jam 4.52 pagi dan tamat pada jam 7.10 pagi. Punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts