Kedudukan Wan Azizah sebagai TPM, biar masa menentukan

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 19 Jan 2018 21:00:21

Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kedudukan Wan Azizah sebagai TPM, biar masa menentukan

19 JAN: PKR tidak memberi sebarang bayangan bagaimana kedudukan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kelak yang dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar sebaliknya menyerahkan kepada masa untuk menentukan kelak sambil menjelaskan banyak perkara boleh berlaku dalam dunia politik yang bersifat dinamik.

“Seperti saya katakan, perdana menteri pilihan perlu melaksanakan agenda transformasi.. time in politic is a dynamic dan banyak perkara boleh berlaku.

“Kita biarkan masa untuk memastikan keutamaan dan pelaksanaan janji kita. Selepas itu kita boleh berbincang secara baik dalam muafakat Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau berkata demikian semas merasmikan Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan Marang di Kampung Padang lebam, Bukit Payung Marang hari ini.

Hadir sama Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad; Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail dan Pengerusi PAN negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Selain Wan Azizah, Pakatan Harapan baru-baru ini dalam konvensyen yang diadakan di Shah Alam, Selangor menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sementara sebelum diambil alih oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar.

Ini menimbulkan persoalan banyak pihak tentang bagaimana suami isteri yang bakal menyandang dua jawatan utama pemerintahan negara selain memberi gambaran mereka ketandusan pemimpin

Share This:

Sila Tularkan Berita ini:

Like Loading...

Share

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts