by Oh! Semput

Kucing yang diberi nama Tam itu hilang selepas melompat keluar daripada kereta yang dipandu abangnya yang terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kampung Teluk Rebiah, Sungai Durian, Perak.
Menurut beliau, Tam telah melompat keluar dan mengilangkan diri dalam semak selepas pintu kereta dibuka oleh seorang pekerja dari syarikat kereta tunda di mana kereta milik abangnya itu telah dilanggar oleh sebuah kereta lain ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Selepas kejadian mereka telah cuba mencari Tam tetapi tidak dijumpai menyebabkan mereka terpaksa meneruskan perjalanan pulang ke ibu kota.


Selepas keluar mencari pada keesokan harinya dalam semak berhampiran lokasi kemalangan, Tam akhirnya telah berjaya ditemui.
"Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan, kucing kami Tam dah dijumpai semula dalam keadaan baik dan selamat di dalam kawasan semak."
"Berbaloi perjalanan jauh dari Ampang ke Perak untuk mencari dia, syukur ke hadrat Allah permudahkan urusan pada harini dan Allah lindungi kami sekeluarga," tulisnya yang ternyata bersyukur di laman Facebook.
Dilihat ibu Hafizah tidak dapat menahan air mata kegembiraannya selepas kucing kesayangan mereka itu berjaya ditemui.




