Dua Kali Keguguran, Almy Nadia Diminta Henti Buat Ulasan Makanan

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 30 May 2020 10:01:03

Selepas mengalami keguguran Februari lalu, Datin Almy Nadia berdepan keguguran kali kedua dalam tempoh beberapa bulan. Susulan itu, ada netizen mencadangkan agar Almy berhenti membuat ulasan produk makanan di Instagram.

Bagaimanapun, isteri kepada Datuk Fizz Fairuz itu menafikan bahawa perkara itu menjadi punca dia keguguran dan akan meneruskan selepas kembali sihat. Buat masa ini suami dan anak-anaknya yang akan mengambil alih tugas tersebut.

BACA: Almy Nadia Alami Pendarahan Pada Rahim, Terpaksa Gugur Kandungan

“Kalau saya tak buat, suami yang akan ambil alih sebab itu amanah Allah dan juga rezeki untuk anak-anak saya.

“Mungkin ada jenis makanan yang saya tak boleh cuba, tapi suami dan anak-anak saya boleh buat. Saya pun tak ada masalah untuk buat ulasan makanan,” katanya kepada mStar Online.

Almy berkata dia menjaga pemakanan sebaik sahaj mendapat tahu dirinya hamil. Ujarnya, dia tidak rasa sedih kerana percaya akan ada rezeki lebih baik untuk dirinya dan keluarga.

“Kami dah cuba selamatkan kandungan ini. Doktor juga nasihat jangan buat kerja berat atau angkat anak. Tapi ada luka di kantung bayi yang menyebabkan pendarahan.

“Saya percaya akan ada rezeki yang lebih baik untuk saya lepas ni. Saya tak sedih sebab saya muda lagi boleh mengandung lagi,” katanya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts