Kekasih Aliff Aziz, Sarah Yasmine Datang Berjumpa Bella Astillah, Minta Maaf

by Oh! Semput


7
SHARES
85
VIEWS
Posted on 24 Apr 2024 11:32:18

Pelakon Bella Astillah mengakui tidak terkejut dengan pendedahan yang dilakukan oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya kekasih kepada Aliff Aziz.

 

Menurut Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30,  ketika ditemui media, dirinya sudah mengenali Sarah Yasmine kerana wanita tersebut berada dalam senarai wanita yang ada hubungan dengan Aliff.

Mereka juga sudah bertemu di Kuala Lumpur dan Sarah sudah memaklumkan untuk membuat pendedahan pernah bersama Aliff. Bella juga bersyukur pendedahan yang dilakukan dapat menjadi bukti di mahkamah nanti.

“Inilah kemanisan orang yang sabar di mana kebenaran itu datang dengan sendirinya tatkala saya sibuk bekerja.

“Dia yang mencari saya dulu. Dia call Bella, dia nak sangat berjumpa dengan Bella.

“Bukan menyokong tetapi dia mengakui kesilapan, meminta maaf dan bercakap perkara yang benar. Lega sebenarnya bila pendedahan itu tular kerana bantu kes mahkamah yang sedang berjalan.

“Kebenaran itu datang dengan sendiri segala bukti sudah ada dan Tuhan permudahkan lebih-lebih kebenaran hubungan Ruhainies dan Aliff yang sebelum ini dinafikan kedua-duanya,” katanya ketika ditemui media di majlis rumah terbuka Universal Music Malaysia hari ini.

Sebelum ini Sarah Yasmine mendedahkan menjalin hubungan cinta dengan Aliff Aziz sejak Januari lalu. Sarah juga mempunyai bukti Alif turut bercinta dengan Ruhainies.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts