by Oh! Semput

PEWARIS takhta Britain, Putera Charles
LONDON: Pewaris takhta Britain, Putera Charles, memberi amaran, sikap tidak bertolak ansur terhadap pelarian yang menyelamatkan diri daripada penindasan agama sebagai tindakan populisme, yang bakal mengingatkan pada zaman kegelapan pada 1930-an.
“Penderitaan mereka tidak berakhir apabila tiba untuk mencari perlindungan di negeri asing.
“Kita sekarang melihat kebangkitan banyak kumpulan populis yang semakin agresif terhadap golongan minoriti agama,” kata baginda kepada rangkaian radio British Broadcast Corporation (BBC).
Putera berusia 68 tahun itu menerusi siaran program berita popular ‘Thought for the Day’ berkata, semua perkara ini amat membimbangkan ketika zaman gelap pada 1930-an.
Charles berkata, komen baginda bukan hanya membabitkan kawasan penganut Kristian yang melarikan diri di Asia Barat, tetapi juga membabitkan penganut lain di dunia, termasuk Yazidi, Yahudi, Ahmadi dan Baha’i.
Merujuk pada ‘kekejaman’ yang dilihat pada Perang Dunia II, Putera Wales itu berpendapat, hakikatnya keadaan yang sama masih dapat dilihat iaitu penindasan jahat berlaku 70 tahun kemudian dan ia bertentangan dengan semua kepercayaan. – AFP
Category: Dunia