Elak Kekeliruan, Ramona Zamzam Tak Ajar Anak Bertutur Dalam Bahasa Melayu

by Oh! Semput


50
SHARES
651
VIEWS
Posted on 04 Jun 2020 08:04:45

Akui tidak mengajar anaknya Ivanna Alashkar bertutur dalam Bahasa Melayu, pelakon Ramona Zamzam dedah perkara tersebut di laman Instagramnya.

ramona zamzam tak ajar anak cakap melayu

Menurut Ramona, beliau terpaksa menggunakan satu pilihan bahasa sahaja untuk berkomunikasi dengan anaknya iaitu bahasa yang sama digunakan bersama suami yakni Inggeris selepas mendapat saranan daripada doktor.

Tambah Ramona, keputusan untuk melentur anaknya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris terjadi apabila suaminya yang merupakan warga Palestin sering bercakap dalam Bahasa Arab dengan Ivanna. Memandangkan anaknya bersekolah di tadika Cina, secara tidak langsung cikgu-cikgunya bercakap dalam Bahasa Cina.

ramona zamzam tak ajar anak cakap melayu

“Saya bercakap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di rumah, tapi doktor cakap nanti bimbang Ivanna keliru.”

Dalam pada itu, bagi mengelakkan kekeliruan berlaku, Ramona dan suami bersepakat untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan mereka bersama.

Menerusi perkongsian di “IG Story” tersebut, dirinya yang bangga kerana sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu ketika di bangku sekolah itu, tetap yakin Ivanna mampu menguasai pertuturan dalam Bahasa Melayu kelak meskipun diajar bertutur dalam Bahasa Inggeris.

ramona zamzam tak ajar anak cakap melayu

“Cuma, saya percaya, kalau dah tinggal di Malaysia, 100 peratus yakin Ivanna akan pandai cakap Melayu.”

Untuk rekod, Ramona dan suaminya Ramu Alashkar telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 Mei 2015. Hasil perkongsian hidup itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada 7 Disember 2017.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts