Topi keledar pintar diguna untuk imbas suhu di masjid

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 30 May 2020 12:01:33

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei akan menggunakan topi keledar pintar bagi mengimbas suhu badan jemaah yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid.

Peralatan berteknologi tinggi yang baru diperoleh itu sudah digunakan di banyak negara lain dan akan dimanfaatkan untuk memudahkan usaha memantau jemaah yang memasuki masjid.

Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Maswadi Mohsin, berkata topi keledar berkenaan akan diguna menggantikan pengimbas sedia ada.

"Kaedah ini lebih cepat dan dapat mengurangkan kesesakan semasa memasuki masjid, sekali gus memastikan amalan penjarakan sosial di patuhi," katanya.

Satu demonstrasi diadakan di Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah semalam mengenai keupayaan alat itu, dalam usaha meningkatkan keberkesanan membendung penularan COVID-19.

Ia mampu mengawasi suhu badan manusia ketika mereka sedang bergerak, yang kemudian dipaparkan skrin kecil di sebelah kanan topi keledar itu dan pada skrin komputer riba.

Fungsi dan larasan topi keledar terbabit juga boleh diakses menggunakan jam pintar khusus yang disediakan.

Senarai masjid yang menggunakan teknologi terkini itu akan berubah setiap minggu. - AGENSI

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts