Ada kelibat berpelitup muka lalu di beranda, Nabila Huda jawab punca panik

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 14 Aug 2020 18:02:34

Kelibat lembaga memakai pelitup muka melintas di depan beranda rumah menjadi punca pelakon Nabila Huda panik dan ketakutan. — Foto oleh Choo Choy May
Kelibat lembaga memakai pelitup muka melintas di depan beranda rumah menjadi punca pelakon Nabila Huda panik dan ketakutan. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Kelibat lembaga memakai pelitup muka melintas di depan beranda rumah menjadi punca pelakon Nabila Huda panik dan ketakutan dalam rakaman video di Instagram secara langsung kelmarin.

Menceritakan detik cemas itu, Nabila berkata ketika kejadian beliau keseorangan manakala suami dan anaknya tiada di rumah.

“Saya nampak kelibat orang...tak tahu orang atau apa tapi dia pakai pelitup muka,” katanya di Instagram Story.

Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 itu bagaimanapun berkata dirinya dalam keadaan baik dan tiada kejadian buruk berlaku kepada dirinya pada hari itu.

Tidak pasti tentang kelibat itu, anak kepada penyanyi Amy Search itu berkata kemungkinan kerana dirinya terlalu takut menyebabkannya terbayang benda-benda buruk.

“Kepada kawan-kawan, saya okay. Jangan risau, yang menjadi persoalan siapa yang pakai pelitup muka,” soalnya.

Melalui beberapa klip video di Instagram Story, Nabila dalam keadaan ketakutan dan menangis, mendakwa ternampak sesuatu di depan rumahnya.

Video itu mencetuskan persoalan ramai termasuk rakan-rakan artis dan keluarganya yang meluahkan rasa risau terhadap keselamatan Nabila.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts