Keluar Dolla keputusan paling sukar Syasya Rizal, lakukan demi kelangsungan hidup

by Oh! Semput


11
SHARES
144
VIEWS
Posted on 03 May 2024 17:01:38

Keputusan paling sukar Syasya Rizal adalah keluar daripada kumpulan Dolla sebelum mengejutkan ramai apabila mendirikan rumah tangga pada 20 April 2024 yang lalu.

Akhirnya Syasya beri kenyataan

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, di Instagram miliknya setelah ramai yang tertanya-tanya tentang punca dia menarik diri dari Dolla sebelum mendirikan rumah tangga.

Keputusan paling sukar Syasya Rizal, anggap takdir yang sudah tertulis

Ujar selebriti itu, dia sedar bahawa keputusannya sedikit sebanyak mengguris hati beberapa pihak terutamanya peminat, namun takdir telah tertulis dan dia perlu membuat keputusan di saat paling sukar demi kelangsungan hidup.

“Syasya tau, keputusan yang Syasya buat sedikit sebanyak buat ramai yang keliru, marah dan mungkin terguris perasaan. Namun, takdir telah tertulis bahawa Syasya perlu membuat keputusan di saat paling sukar demi kelangsungan hidup.
Syasya tahu sebahagian peminat terluka dengan keputusan ini, tetapi sejujurnya luka itu lebih besar untuk diri Syasya sendiri kerana perlu menerima dan melalui ketentuan ini,” tulisnya.

alt

Artikel lain: Korbankan kerjaya bersama Dolla? Netizen harap Syasya dihargai suami

Keputusan paling sukar Syasya Rizal, tapi tetap orang yang sama

Walau bagaimanapun, bekas ahli kumpulan Dolla itu menyatakan yang dia tetap sama seperti dahulu dimana kali pertama bertemu peminat pada 2019.

Dia juga akan sentiasa menyokong Dolla memandangkan tiga lagi ahli kumpulan berkenaan sudah dianggap seperti kakak-kakaknya sendiri.

“Untuk Dolla pula, Syasya sentiasa sokong kerjaya kakak-kakak Syasya yang sudah bersama Syasya dari permulaan kerjaya. Dolla segalanya untuk Syasya and it is something precius that I really treasure.
“Impian untuk Dolla melangkah ke pentas international masih Syasya sematkan dalam jiwa walaupun sudah tidak bersama dengan mereka lagi,” ujarnya.

keputusan paling sukar Syasya Rizal

Sudah 5 tahun bersama, keputusan paling sukar Syasya Rizal demi kelangsungan hidup

Sekadar info, Dolla telah memulakan kerjaya seni mereka pada tahun 2019 apabila muncul dengan album pertama berjudul Dolla Make You Wanna.

Penubuhan kumpulan nyanyian wanita tersebut dibuat secara uji bakat dan keempat-empat mereka yang dianggotai oleh  Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya tidak mengenali antara satu sama lain.

alt

Namun begitu, pada April 2024, Syasya telah mengumumkan penarikan diri dari kumpulan tersebut atas sebab-sebab peribadi.

Tak lama selepas keputusan tersebut dibuat, dia telah berkongsi momen bahagia apabila bergelar isteri pada 20 April 2024.

: Instagram syasya.rzl

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts