Tak Nak Keluar Sebab Selekeh, Teman Lelaki Suap Ruhainies Nasi Kandar Dalam Ferrari.

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Sep 2019 00:06:05



Adat bercinta mestilah sanggup melayan kerenah dan permintaan pasangan masing-masing untuk menunjukkan perasaan kasih dan cinta kepada pasangan.

Terbaru satu tweet dari twitter Ruhanies telah tular apabila teman lelaki kepada pelakon cantik manis itu sanggup membawa sepinggan nasi kandar masuk ke dalam kereta.

Teman lelakinya berbuat demikian untuk memenuhi hasrat teman wanitanya itu yang enggan makan di dalam kedai.

“Saya lapar tetapi tak nak makan kat kedai sebab saya selekeh. Akhirnya, dia memesan nasi kandar dan membawa masuk pinggan ke dalam kereta untuk suapkan saya”.

“Oh tuhan, kadang-kadang dia sangat kelakar. Macam mana saya tidak jatuh cinta dengan lelaki ini,” kata pelakon kelahiran Pulau Pinang itu.

Im hungry but taknak makan kat kedai sebab i selekeh. Last2 dia order nasik kandaq bawak pinggan masuk kereta and suap i makan hahahahaha

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...