Keluarga Reda, Harap Individu B’tanggungjwb Didakwa

by Oh! Semput


7
SHARES
92
VIEWS
Posted on 19 Dec 2016 12:00:12

KOTA KINABALU – Ahli keluarga remaja yang maut ditetak dua lelaki tidak dikenali awal pagi Khamis lalu reda dengan pemergian anak kesayangannya, Yaacob Nasran, 18.

Berita Berkaitan: Remaja Maut Ditetak di Kota Kinabalu

Keluarga Allahyarham Yaacob Nasran

NASRAN Harun (kanan) bersama keluarga. – Foto Mohd Adam Arinin

Namun, Nasran yang merupakan pengarah sebuah syarikat berharap individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian anaknya diheret ke muka pengadilan.

“Ini bukan soal dendam tetapi saya mahu individu yang melakukan kekejaman hingga menyebabkannya meninggal dunia dibawa ke muka pengadilan.

Berita Berkaitan : Penarik Kereta Berdepan Hukuman Mati

Bapa mangsa, Nasran Harun berkata, walaupun sedih dengan apa yang menimpa anaknya, mereka menyifatkan perkara itu satu ketentuan Ilahi.

“Saya tahu negara ini mempunyai undang-undang dan sesiapa yang bersalah perlu dikenakan hukuman,” katanya ketika ditemui di pekarangan Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi Khamis lalu, Yaacob mati ditetak dua lelaki di hadapan sebuah pusat hiburan di Star City Jalan Coastal di sini.

Nasran dalam nada sedih terharu dengan kehadiran ramai ahli keluarga dan rakan arwah ke tanah perkuburan itu berkata, situasi tersebut membuktikan ramai manusia yang baik di muka bumi ini berbanding yang tidak baik.

“Malah, kehadiran mereka juga membuktikan anak saya Yaacob seorang yang baik dan disenangi,” katanya.

Baca Juga: Tragedi Asia City, Yaccob Nasran adalah Hero


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts