Nora Anne: Keluarga putuskan tindakan lanjut selepas bedah siasat

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Aug 2019 17:01:53



ZULKIFLI MANZOR 

14 Ogos 2019 12:52 PM

SEREMBAN - Keluarga remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang ditemui mati di kawasan hutan berhampiran sebuah resort di sini petang semalam belum memutuskan tindakan lanjut mereka berhubung kes tersebut.

Peguam mewakili keluarga mangsa, Sankara N. Nair berkata, keluarga Nora Anne hanya akan membuat keputusan berkenaan selepas keputusan bedah siasat ke atas mayat mangsa diketahui.

"Kami juga belum berbincang mengenainya. Mungkin kemudian," katanya kepada pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sankara berkata, masih terlalu awal untuk menganggap wujud unsur jenayah berhubung kematian Nora Anne kerana proses bedah siasat masih berlangsung. 

Kata beliau, keluarga gadis itu ketika ini berada dalam keadaan sedih dan trauma disebabkan kehilangan anak perempuan mereka.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, laporan bedah siasat itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Kebiasaannya kematian mengejut memerlukan inkues. Saya akan meminta Peguam Negara mempertimbangkan sama ada inkues diperlukan dalam kes ini," katanya. - K! ONLINE

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...