Guna keluarga serang saya? Persetankan mereka! - Azmin

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 07 Dec 2017 12:01:53

Malaysiakini 07/12/17
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali nampaknya tidak menghiraukan ancaman adiknya Azwan yang berikrar mahu “menjahanamkanya” di perhimpunan agung Umno di ibu negara semalam.

Berucap dalam program di sebuah rumah pangsa di Klang malam tadi, Azmin berkata beliau tidak akan mempedulikan semua serangan itu.
“Pedulikan mereka, persetankan mereka! Saya berada dalam perjuangan ini bukan kerana bicara soal keluarga.

“Saya berada dalam perjuangan untuk mengangkat martabat rakyat dan menyelamatkan negara,” katanya.


Semalam, Azwan (atas) yang juga selebriti terkenal membuat kejutan dengan muncul di Perhimpunan Agung Umno dan mengancam untuk mendedahkan rahsia Azmin.

Menafikan dirinya “barua” Umno, Azwan yang turut dikenali sebagai Diva AA berkata, beliau akan menjatuhkannya abangnya sebagai pemimpin nombor satu Selangor.

Azwan tampil bersama pemimpin akar umbi Umno yang terkenal dengan pelbagai gimik Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Sementara itu, Azmin dalam ucapannya, tanpa menyebut nama, berkata terdapat keluarganya digunakan untuk menyerang beliau.


“Mana keluarga yang tidak bersama saya, mereka guna untuk menyerang saya,” dakwanya.
Keluarga yang bersamanya pula, dakwa Azmin, ditangkap, ditekan dan diugut secara berterusan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts