PDRM Keluarkan Kenyataan Lanjutan Dakwaan Syarikat Meta

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 06 Aug 2022 08:30:18

Dalam Laporan Ancaman Suku Tahunan, Meta memaklumkan pihaknya telah membuang sejumlah 596 akaun Facebook, 180 Pages, 11 Grup dan 72 akaun Instagram.

Tindakan itu dibuat selepas mendapati semua akaun terlibat dikesan berlaku aktiviti mencurigakan di mana ada yang menggunakan gambar profil palsu. Ia dikatakan telah melanggar polisi Tingkah Laku Tidak Sahih yang ditetapkan platfom media sosial itu.

{suggest}

Dalam laporan tersebut, pihak Meta juga mendakwa, hasil siasatan lanjut mendapati aktiviti-aktiviti berkenaan mempunyai kaitan dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Susulan daripada itu, pihak PDRM telah mengeluarkan kenyataan media bagi menafikan dakwaan tersebut.

Pihaknya memandang serius laporan syarikat Meta yang mendakwa terdapat akaun palsu yang mempunyai hubungan dengan PDRM. Sebagai tambahan, pihak PDRM juga menyatakan sedang mengumpul maklumat lanjut mengenainya.

: PDRM

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts