Kes Kemalangan Di Kunak Meningkat Tahun Ini

by Oh! Semput


9
SHARES
121
VIEWS
Posted on 23 Dec 2016 12:00:57

KUNAK – Kes kemalangan jalan raya meningkat di Kunak tahun ini berbanding tahun lepas, kata Ketua Polis Daerah Kunak, Supt. Mohd Nasaruddin M Nasir.

Beliau berkata sebanyak 146 kes dicatatkan bagi tempoh Januari hingga November tahun ini berbanding 140 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Bagi tahun ini, enam kes kemalangan maut direkodkan, lima kes melibatkan kecederaan parah dan enam kes cedera ringan manakala 129 membabitkan kerosakan kenderaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kemalangan paling kerap pula dilaporkan berlaku di Kilometer 4 hingga Kilometer 38 Jalan Kunak-Lahad Datu, katanya sambil menasihati pengguna supaya memandu dengan lebih berhati-hati di laluan berkenaan.

Sempena cuti perayaan Krismas minggu ini, beliau mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas terutamanya berhubung had laju yang dibenarkan. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts