by Oh! Semput

PAPAR: Dua individu mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Kampung Andus Jalan Papar Kimanis, petang tadi.
Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian yang melibatkan sebuah Van Urban yang bertembung dengan Proton BLM itu pada jam 2.43 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh lapan kilometer itu pada jam 2.50 petang.
Menurut pihak bomba, salah seorang mangsa iaitu Ag Mohd Alias Bin Ag Tuah, 40-an yang juga pemandu Proton mengalami kecederaan di bahagian kaki kerana tersepit manakala seorang lagi mangsa itu Samsan Binti Jaili, 50-an yang juga penumpang van berkenaan mengalami kecederaan ringan.
Operasi yang melibatkan seramai sembilan orang anggota dan dua buah jentera itu tamat pada jam 3.10 petang. Kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.