Kemalangan. Ibu jari tangan lelaki ini diganti dengan ibu jari kaki

by Oh! Semput


67
SHARES
870
VIEWS
Posted on 15 Jul 2017 09:01:18

Jumaat, 14 Julai 2017
 
zac mitchell. ©BBC
  Lelaki Australia bernama Zac Mitchell, 20 tahun, tak pernah membayangkan nasib malang akan menimpa ibu jari tangannya lantaran kecelakaan.

Lelaki pekerja peternakan ini mengalami kemalangan sehingga ibu jari tangan kanannya putus. April lalu dia ditendang oleh seekor lembu   hingga terdorong ke pagar dan ibu jari tangannya putus.

Ibu jari tangan saya masih menggantung di pagar ketika saya bangun dari jatuh," kata dia kepada stesyen televisyen ABC yang dilansir laman Emirates247, Jumaat (14/7).

"Bos saya melihat ada ceceran darah dan dia bertanya apa yang berdarah. Saya langsung terkejut ketika melihat tangan kanan," kata dia.
  ©BBC

Mitchell kemudian menyimpan  ibu jari tangannya yang putus itu di dalam ais kerana rumah sakit terdekat jaraknya lima jam perjalanan.

Mitchell akhirnya dibawa ke Rumah Sakit Sydney untuk ditangani doktor spesialis. Doktor kemudian memutuskan cara terbaik menangani kes ini adalah dengan mengganti posisi   ibu jari  kaki ke tangan Mitchell.

"Untuk membuat ibu jari tangan  kembali boleh pakai kulit dan tulang tapi itu tidak berfungsi. Jadi memindahkan  ibu jari tangan  adalah cara terbaik," kata doktor bedah Sean Nicklin kepada kantor berita AFP.
 Disunting dari Merdeka.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts