Kemas Kini Perisian Punca Enjin Carian Google Tergendala Semalam

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 10 Aug 2022 12:00:17

Semalam telah berlaku insiden kegagalan enjin carian Google berfungsi di hampir sebahagian besar negara-negara di seluruh dunia.

Malah beberapa servis Google yang lain termasuklah Gmail, Google maps dan Google images turut dilaporkan tergendala berdasarkan aduan daripada penggunanya.

Berdasarkan laporan oleh ThousandEyes Inc, sitem Google yang tergendala itu melibatkan sekurang-kurangnya 1,338 pelayan meliputi lebih daripada 40 buah negara meliputi Amerika Syarikat, Australia, Afrika Selatan, Kenya, Israel, Sebahagian Amerika Selatan, Eropah dan Asia termasuklah China dan Jepun.

{suggest}

https://twitter.com/downdetector/status/1556810655344238598?s=20&t=V1Jre2zi688Y4iOKNjfPMw

Menurut jurucakap bagi pihak Google, isu servis mereka tergendala adalah berpunca daripada kemas kini perisian yang dilakukan.

Ekoran itu, pihak Google memohon maaf atas kesulitan yang di alami penggunanya di seluruh dunia.

Kesemua servis Google yang tergendala itu sudah kembali pulih seperti sedia kala.

: The Guardian

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts