Kemaskini iOS 11.4.1 Membaiki Pepijat Yang Menyebabkan Aplikasi Gagal Berfungsi Apabila Perkataan Taiwan Ditaip

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Jul 2018 23:03:00


Kemaskini iOS  11.4.1 diberikan oleh Apple kepada pengguna peranti mereka pada harga Isnin yang lalu.  Beberapa pepijat berjaya dibaiki menerusi kemaskini ini termasuk masalah aplikasi gagal berfungsi apabila perkataan atau emoji Taiwan digunakan.

Ramai pengguna mungkin tidak menyedari kewujudan pepijat ini kerana ia hanya berlaku pada peranti yang dijual di China atau ditetapkan oleh pengguna sebagai berada di China. Apa yang berlaku ialah perkataan dan emoji negara Taiwan diharamkan penggunanya di China. Kuasa besar dunia ini tidak mengiktiraf Taiwan sebagai sebuah negara merdeka.

China ialah antara pasaran peranti yang penting bagi Apple dan pembuangan emoji Taiwan ialah antara langkah memastikan peranti dapat terus dijual di negara tersebut.

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop

Related News


Leave a Comment: