Kini Kembali! Ini Butiran Info Gegar Vaganza 2024 (Musim 11)

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 05 Sep 2024 06:31:22

Rancangan Gegar Vaganza (GV), seperti yang dibayangkan pada musim lalu, akan berlanjutan dengan penganjuran musim baharu pada tahun 2024 ini.

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pengumuman ini telah disiarkan menerusi laman pengiklanan Astro Media Solutions pada 28 Ogos 2024.

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Mengikut maklumat yang dikongsikan, musim ke-11 Gegar Vaganza akan terus mengekalkan konsepnya, memberi ruang kepada penyanyi lama, baik solo atau berkumpulan, untuk kembali bersinar di atas pentas dan menghidupkan semula semangat peminat.

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Meneruskan tradisi musim-musim lalu, setiap peserta akan beradu dengan tema yang berbeza setiap minggu, yang mana tiga juri profesional tetap akan mengadili sepenuhnya dan peserta di kedudukan terakhir setiap minggu berisiko untuk disingkirkan.

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Musim 11 ini menawarkan hadiah utama bernilai RM100,000 kepada pemenang konsert akhir.

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Ia akan diadakan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, disiarkan di Astro Ria (saluran 104) bermula tarikh 24 November 2024 hingga 9 Februari 2025, setiap Ahad, jam 9 malam selama 12 minggu.

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Penyanyi manakah yang bakal diberi ruang untuk menyinar sebagai peserta sekaligus menghidupkan persaingan musim ini? Nantikan pendedahannya di sidang media GV11.

Senarai Bekas Pemenang / Juara Gegar Vaganza (GV)

GV1 / Musim 1 (2014) - Ayai Illusi

GV2 / Musim 2 (2015) - Siti Nordiana

GV3 / Musim 3 (2016) - Azharina Azhar

GV4 / Musim 4 (2017) - Aishah

GV5 / Musim 5 (2018) - Noryn Aziz

GV6 / Musim 6 (2019) - Naqiu (Boboy) & Hady Mirza

GV7 / Musim 7 (2020) - Cliff Umar

GV8 / Musim 8 (2021) - Aliff Aziz

GV9 / Musim 9 (2022) - Jaclyn Victor

GV10 / Musim 10 : All Stars Gegar Vaganza (2023) - Jaclyn Victor

Tajuk program? Konsert Gegar Vaganza 2024 (Musim 11)

Berapa episod? 12 episod

Setiap hari apa? Ahad

Bila tayang? Pukul 9 malam

Tonton di mana? Astro Ria dan platform online, Astro Go serta Sooka

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 12 (Akhir)

: Gegar Vaganza S11

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts