Kementerian Pertahanan Britain hilang beratus-ratus laptop

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 22 Dec 2016 02:01:04

LONDON: Kementerian Pertahanan Britain kehilangan lebih 700 komputer riba dan komputer sejak 18 bulan lalu.

Keseluruhan 759 komputer riba dan komputer hilang dan tambahan 32 lagi dicuri antara pilihan raya Mei 2015 dan Oktober 2016, menurut rekod yang disiarkan Press Association.

Sebanyak 328 cakera padat, cakera digital turut hilang pada tempoh sama, menurut data yang diminta menurut Akta Kebebasan Maklumat Britain.

Kementerian berkata, keselamatan maklumat adalah keutamaan agensi itu dan semua kejadian peralatan yang hilang itu sedang disiasat secara menyeluruh.

“Kementerian mempromosikan budaya yang menyaksikan keselamatan menjadi tanggungjawab semua kakitangan dan staf dikehendaki melaporkan semua perkara berkaitan keselamatan,” kata jurucakapnya.

Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 1,000 komputer riba dan komputer serta USB milik kerajaan dilaporkan hilang atau dicuri sejak Mei 2015.

Jabatan Kerja dan Pencen melaporkan 42 kehilangan komputer riba atau komputer dan lapan USB sehingga Ogos, berkata kebanyakan kehilangan atau kecurian berlaku ketika kejadian pecah masuk atau ketika pengguna melakukan lawatan.

Jabatan kerajaan lain yang bertindak balas kepada permintaan itu termasuk Perbendaharaan, yang melaporkan kehilangan lapan komputer riba, satu daripada ditemui semula.

Kementerian yang diwujudkan tidak sampai enam bulan lalu oleh Perdana Menteri Theresa May, Jabatan Perniagaan, Tenaga dan Strategi Industri, berkata enam komputer riba hilang atau dicuri sejak Julai. – AFP

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts