Kemusnahan Aleppo: Kerajaan Syria Perlu Bertanggungjawab

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 16 Dec 2016 04:00:59

SEMENJAK kejatuhan bandar terbesar di Syria, Aleppo ke tangan pihak Tentera Kerajaan Syria (Syrian Arm Forces) beberapa hari yang lalu, pelbagai laporan dan pendedahan mula dikeluarkan oleh warga Aleppo, media antarabanga serta pertubuhan hak asasi manusia yang beroperasi di bandar berkenaan mengenai insiden pembunuhan beramai – ramai serta kemusnahan harta benda yang giat berlaku di bandar terbabit.

Turut menjadi viral di media sosial pada ketika ini ialah mengenai rayuan yang dibuat oleh beberapa sukarelawan kemanusiaan di bandar Aleppo yang merayu bantuan antarabangsa selepas melaporkan askar rejim Bashar al – Assad melakukan pembunuhan beramai – ramai terhadap mereka yang dituduh serta dipercayai mempunyai kaitan dengan Tentera Pembebasan Syria (Free Syrian Army).

Seperti yang diketahui umum, Syria mula bergolak semenjak tahun 2012 yang lalu selepas kebangkitan Arab Spring yang telah menyaksikan kejatuhan beberapa diktator Arab yang telah berkuasa buat sekian lama.

Syria yang telah lama diperintah oleh keluarga Assad iaitu semenjak tahun 1971 turut terjerumus ke kancah pembangkitan masyarakat Arab yang mahu menyaksikan perubahan terhadap pemerintahan lama yang dilihat mereka tidak membawa kepada perubahan taraf hidup serta yang tidak menjamin hak asasi dan kebebasan mereka.

russia-is-urging-other-nations-to-support-syrian-dictator-bashar-assad

Bandar Aleppo telah menjadi lokasi pertempuran dasyat diantara pihak kerajaan Syria dan pihak pembebasan Syria semenjak bandar berkenaan jatuh ke tangan Tentera Pembebasan Syria beberapa tahun yang lalu. Pada masa yang sama juga, penduduk Aleppo menghadapi ancaman yang datang dari kebangkitan kumpulan militan atau ekstremis Islamic State (IS).

Akibat daripadanya ini, ramai penduduk bandar Aleppo terpaksa melarikan diri bagi menyelamatkan diri serta keluarga mereka. Ramai diantara mereka terpaksa melarikan diri ke negara yang berhampiran Turki dan ada yang sanggup melarikan diri hingga ke beberapa buah negara Eropah seperti Greek, Austria dan Jerman. Lebih buruk lagi, tentera Rusia yang dikatakan membantu kerajaan Syria bagi menyerang tentera pembebas telah mengunakan kelengkapan ketenteraan mereka menyerang bandar berkenaan sehingga menyebabkan kehilangan ramai nyawa orang yang tidak bersalah serta memusnahkan banyak infrastuktur dan kemudahan asas bandar terbabit seperti sekolah, hospital, kedai makanan, dan lain – lain lagi.

Oleh itu, warga dunia tidak hanya melihat dan duduk diam serta tidak mengambil apa – apa tindakan terhadap krisis kemanusiaan yang jelas sedang berlaku di Aleppo dan di beberapa buah bandar lain di bumi Syria. Semua negara, pihak agensi bantuan antarabangsa, serta pihak Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) mesti mengambil tindakkan dengan segera bagi menghentikan kekejaman yang sedang berlaku serta melakukan proses siasatan bagi menyiasat dengan terperinci terhadao segala insiden yang berlaku di bandar Aleppo dan mengheret mereka yang disyaki ke muka pengadilan dengan segera.

jp-syria-master675

Kerajaan Syria tidak boleh lepas tangan didalam isu ini. Kerajaan Syria bertanggungjawab penuh mengikut lunas undang – undang antarabangsa untuk melindungi hak serta keselamatan rakyatnya sendiri. Sikap acuh tak acuh kerajaan Syria mengenai perkara ini sudah pasti akan mengundang padah terhadap diri mereka sendiri. Kerajaan Syria perlu ketahui, dunia sudah sekian lama memerhati apa yang berlaku didalam negara mereka.

Segala aktiviti serta tindakkan yang diambil oleh kerajaan Syria akan diperhalusi dan dinilai oleh semua pihak antarabangsa bagi memastikan hak dan keselamatan penduduk Syria sentiasa dilindungi dan dihormati. Sebarang perlangaran terhadap mana – mana undang – undang antarabangsa termasuk hak asasi manusia sudah pasti akan diiringi dengan tindakkan perundangan tegas yang bakal diambil terhadap kerajaan Syria termasuk presidenya, Bashar Al – Assad.

photo_muzaffar-syah-mallow-6Dr. Muzaffar Syah Mallow adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang – Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Artikel yang ditulis adalah pandangan peribadi beliau dan ia tidak mempunyai kaitan dengan Malaysian Access.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts