Kenali Biodata Peribadi Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 12 Jan 2019 13:01:08


PEKAN  - Berikut adalah biodata Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dilantik sebagai Sultan Pahang keenam.
KEPUTERAAN:
* 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan.
* Anakanda keempat, putera sulung kepada Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Afzan.
PENDIDIKAN:
* Pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan; Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan dan Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.
* Melanjutkan pengajian dalam bidang Diplomatik dan Hubungan Antarabangsa di Worcester & Queen Elizabeth College pada 1981.
* Meneruskan pengajian di Royal Military Academy, Sandhurst, England pada 1979 hingga 1980; Davies College, London – Advance School 1978 hingga 1979 dan Aldenham School, Elstree Hertfordshire – Advance School pada 1975 hingga 1978.
* Aktif dalam sukan seperti hoki, bola sepak dan sepak raga jaring sejak kecil. Atas minat dan kebolehan yang ditunjukkan, dipilih mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam permainan bola sepak.
KETENTERAAN:
* Brigadier General Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 April 2004, Kolonel pada 1 Jun 2000; Leftenan Kolonel (1 Mei 1999); Kapten Corp. Cavalry of Malaysian Army (1980) dan Leftenan Kedua Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England pada 1980 dianugerahkan oleh Ratu Elizabeth II.
PELANTIKAN TENGKU MAHKOTA:
* 1 Julai 1975 dan dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.
PELANTIKAN PEMANGKU RAJA:
* 26 April 1979 hingga 25 April 1984 ketika Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ketujuh.
* 28 Disember 2016 hingga kini
NAMA ISTERI:
* Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
JUMLAH PUTERA DAN PUTERI:
* Empat putera, lima puteri
JAWATAN DISANDANG
* Canselor, Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
* Canselor Universiti Pahang Malaysia (UMP)
* Canselor, DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia
BOLA SEPAK
* President Persatuan Bola Sepak Pahang (1984)
* Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia) (- 2014)
* Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) (2013- 2017)
* Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF)
* Naib Presiden Gabungan Bola Sepak Asia (- 2015)
* Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA (FIFA) (2015- sekarang)
HOKI
* Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) (2008 – 2015)
* Presiden Kesatuan Hoki Asia (2014 – sekarang)
* Ahli Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa (2012 – sekarang)
POLO
* Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA) (sekarang)
* Presiden Kelab Polo Diraja Pahang(RPPC) ( sekarang)
TENIS
* Presiden Kelab Tenis Diraja Pahang (RPTC)
SKUASY
* Presiden Kelab Squash Pahang (PSC)
GOLF
* Presiden Kelab Golf Diraja Pahang (RPGC)
PENCAPAIAN
* Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Remaja Dunia FIFA 1997 di Malaysia
* Ahli Jawatankuasa Penganjur 2003 Piala Konfederasi FIFA, Paris
* Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2011 FIP Polo World Cup, Malaysia
* Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2012 FIH Congress, Kuala Lumpur
* Pengerusi Piala Asia AFC 2015 Australia

#sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts