“Kenapa Kahwin Elok, Nak Cerai Gaduh-Gaduh”

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Sep 2019 01:00:04



Hari ini berlangsungnya prosiding tuntutan perceraian Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Namun apa yang mengejutkan, Sharnaaz Ahmad menolak dan tidak bersetuju dengan tuntutan cerai isterinya.

Momen sayu berlaku di mahkamah apabila Noor Nabila dilihat gagal menahan air mata. Enggan mengulas lanjut mengenai permohonan cerai yang ditolak suaminya, Nabila memberitahu dia hanya ingin fokus membesarkan anaknya, Jebat Jayden.

BACA: Sharnaaz Ahmad Tolak Tuntutan Cerai Noor Nabila

“Saya tak nak bagi kenyataan apa-apa lagi. Fokus saya hanya nak besarkan anak dengan baik dan beri kasih sayang secukupnya. Jadi minta doa yang baik-baik sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sharnaaz yang kelihatan tenang memberitahu dia ingin mencari jalan penyelesaian menerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan berharap apa saja keputusan kelak akan dipermudahkan.

“Niat saya nak mencari pendamaian dan jalan penyelesai yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Reda atau tidak, kita ada mahkamah dan kita perlu hadap benda itu.

“Kalau mahkamah dah perintah untuk JKP, maknanya kita kena ikut prosedur yang telah ditetapkan. Kenapa kahwin elok, nak cerai gaduh-gaduh,” katanya.

Selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Noor Nabila dalam tuntutan perceraiannya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...