UK Uji Kenderaan Kesan Pemandu Guna Telefon Ketika Memandu

by Oh! Semput


4
SHARES
53
VIEWS
Posted on 05 Aug 2022 07:30:20

United Kingdom (UK) mula menjalankan ujian ke atas kenderaan  yang dilengkapi dengan teknologi pengesan yang akan mengimbas pemandu kenderaan yang sedang menggunakan telefon pintar sambil memandu.

Kenderaan berbentuk van itu diuji di atas lebuh raya dan jalan-raya jalan raya utama di dalam negara tersebut dengan kerjasama pihak polis.

Ujian ke atas kenderaan itu akan dibuat selama 3 bulan dan hasilnya akan menentukan bagaimana teknologi itu akan dilaksanakan pada masa depan.

{suggest}

Van yang dilengkapi kamera pengimbas akan merakam dan memproses dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan bagi menentukan jika pemandu sedang menggunakan telefon pintar ketika sedang memandu.

Tidak setakat itu, teknologi itu juga mampu mengesan sekiranya pemandu tidak memakai tali pinggang keledar.

UK mensasarkan untuk mencapai jalan raya tanpa kemalangan menjelang tahun 2040.

: The Guardian

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts