[FOTO] Kening Warna Merah, Stacy Tarik Perhatian Ramai Malam Mentor Milinea

by Oh! Semput


9
SHARES
119
VIEWS
Posted on 19 Nov 2019 21:03:13

Nama Stacy Anam merupakan satu nama besar dalam industri dan Stacy merupakan seorang penghibur yang versatil.

Bukan sekadar menyanyi Stacy juga mampu membuat penonton terpukau dengan kelincahannya menari di atas pentas.

Stacy yang merupakan anak kelahiran Kota Kinabalu Sabah ini sering tampil berani dengan penampilan yang unik dan menarik.

Kening Stacy warna merah

Terbaru, semasa konsert Mentor Milenia, beliau dikatakan berjaya mencuri tumpuan apabila mengenakan busana merah hitam dan turut mewarnakan keningnya dengan warna merah.

Pada malam itu, Stacy telah ditatarias oleh jurumekap profesional dan usahawan terkenal yang tidak asing lagi iaitu Datuk Alha Alfa yang sering membuat sentuhan magis pada artis di negara ini.

Cantik dan tampil anggun

Sementara itu, rambut Stacy juga dikatakan bersesuaian dengan tema merah hitam pilihannya itu turut membantu beliau tampil sempurna dan cantik pada malam itu.

Rambut Stacy telah di dandan oleh Ezal Ezlizan. Menerusi akaun Instagramnya, Stacy turut memuat naik beberapa keping gambar yang sempat dikongsi bersama pengikutnya.

“Cantik kah look Kening Berdarah saya semalam cingh”.

Akim pun tak senang duduk

“Look ni memang bahaya sebab buat Mentor Akim tidak senang duduk pastu tangan i pun dia xmau lepas sampai rumah cenggghhhh”.

“Thank you kepada orang-orang kreatif dan super talented yang bagi look ni on point semalam”, ujar Stacy.

“Suka sangat look ni dapat juga cover muka kerisauan tengok protege perform semalam”.

Netizen turut puji Stacy cantik pada malam itu

Rata-rata netizen memuji sifat berani Stacy untuk tampil cantik dan berkeyakinan dengan sentuhan yang berbeza.

YOY Network

Sifat berani dan yakin beliau ini menjadikan beliau antara salah seorang artis yang unik dan menarik.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts