Kepelbagaian Calon Pada PRU14: Khairy Jamaluddin

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 10 Dec 2017 08:00:21

Umno memerlukan kepelbagaian latar belakang calon PRU akan datang agar parti itu kelihatan kontemporari. Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan kepelbagaian tersebut bermaksud penambahan calon muda tanpa mengenepikan calon senior.

“Ada yang dari golongan senior tetapi tambah lah calon-calon wanita, calon-calon muda malah calon-calon yang mungkin tidak datang dari hieraki parti.

“Biarlah parti kita dilihat segar dan kontemporari! ,”katanya disambut setuju daripada perwakilan.

Menurutnya, rupa bentuk masa depan parti perlu ditonjolkan.

“Mungkin di sini soal rupa bentuk ini selalu dikaitkan dengan calon muda, calon baharu lebih-lebih lagi ini ucapan dari Ketua Pemuda,” katanya pada ucapan pergulungan di Perhimpunan Agung Umno di sini hari ini.

Beliau berkata, rupa bentuk yang segar boleh datang dalam pelbagai cara seperti disebutnya tiga tahun lalu.

“Dulu saya kata Setiausaha Agung cat rambut hitam atau potong rambut macam pemimpin Korea Utara pun boleh kira agak segar juga…,” katanya.

Khairy berkata, calon yang dikemukakan haruslah menepati citarasa.

“Sebab apa ini penting? Sebab kita tahu pengundi tidak lagi hanya pandang lambang.

“Zaman letak songkok, songkok menang sudah lama lalu. Sekarang ini calon merupakan manifestasi kepada Presiden dan parti,” katanya.

Namun katanya, apa pun terletak kepada keputusan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pemuda berikrar apa sahaja keputusan Datuk Seri, kami akan akur sepenuhnya.

“Kerana yang penting akhirnya bukan kita, tetapi kemengangan parti keramat Umno dan BN,” katanya.

Menyentuh mengenai PRU 14, beliau berkata, Pemuda memohon dalam penulisan manifesto agar ada tawaran bahaeu untuk orang muda.

“Biarlah tawaran ini memberi keyakinan kepada orang muda bahawa Umno-BN memahami kebimbangan dan keresahan mereka.

“Biarlah tawaran ini mencorakkan masa depan yang lebih baik untuk mereka, yang menjana pekerjaan pendapatan tinggi, tidak meninggalkan belia luar bandar yang mungkin tidak dapat ke menara gading atau belum bersedia merebut peluang ekonomi digital, menyediakan perumahan yang cukup dan sebagainya.

“Biarlah ini menjadi tawaran BN untuk orang muda pada pilihanraya nanti,” katanya.-SINAR

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts