Keputusan sertai bersatu dibuat secara bersama - Azizah

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 22 Mar 2019 16:03:41

22 Mac 2019 2:39 PM

BEAUFORT -  Keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibuat secara beramai-ramai dan bukan atas faktor individu, kata Anggota Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd. Dun.

Menurutnya, ini keputusan bersama dan difikir sedalam-dalamnya yang melalui pelbagai proses untuk kebaikan negara, Sabah dan kawasan diwakili.

"Kami sepakat membuat keputusan ini dan bukan persoalan perjuangan individu, selamatkan diri atau ada agenda peribadi," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Graduasi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Klias di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika membahaskan usul di Parlimen semalam bahawa tindakan golongan yang melompat parti dianggap tidak mempunyai kekuatan, tiada perjuangan selain tidak mempunyai maruah.

Lapan bekas pemimpin UMNO Sabah termasuk Azizah antara enam wakil rakyat menyertai Bersatu dan Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan kad keahlian parti kepada mereka di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada 15 Mac lepas. - Bernama
 

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts