PRN N9 (Keputusan Tidak Rasmi) : Menang Dua Per Tiga, BN & PN Bakal Bentuk Kerajaan

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 01 Aug 2026 13:32:38

Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dilaporkan mendahului dengan 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan setakat pukul 8.40 malam tadi, sekali gus melepasi ambang majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri.

Keputusan tidak rasmi itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Advertisement

bn pn

Menurut Asyraf Wajdi, parti komponen BN iaitu MCA turut berjaya merampas semula dua kerusi DUN, masing-masing di Chennah dan Repah.

Beliau berkata, setakat ini BN sedang mendahului di 18 kerusi DUN termasuk Pilah, Linggi, Juasseh, Palong, Labu, Gemencheh, Repah dan Lenggeng.

Sementara itu, PN pula mendahului di tujuh kerusi termasuk Sikamat dan Ampangan.

Jika keputusan tersebut kekal sehingga pengumuman rasmi, gabungan BN dan PN dijangka membentuk kerajaan Negeri Sembilan dengan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri. – KOSMO

KEPUTUSAN LANJUT MENYUSUL.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-07-31 15:20:21

Juruterbang Malaysia Ditahan Di Jakarta, Disyaki Seludup 25 Kilogram Syabu Dan 70,114 Pil Ekstasi

PRN N9 (Keputusan Tidak Rasmi) : Menang Dua Per Tiga, BN & PN Bakal Bentuk Kerajaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts