Kerabat “Long Yunus” Didakwa Guna Gelaran Tidak Sah

by Oh! Semput


8
SHARES
103
VIEWS
Posted on 20 Apr 2017 08:00:45

Kerabat

Seorang ahli perniagaan yang mendakwa dirinya anggota keluarga diraja Kelantan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya kerana menggunakan gelaran diraja tanpa kebenaran istana.

Tengku Iskandar Tengku Ahmad didakwa melakukan kesalahan itu pada 31 Ogos 2014 apabila menandatangani dokumen menggunakan nama “Yang Maha Mulia Tengku Iskandar Ibni Almarhum Tengku Ahmad Panglima Raja”.

Ahli perniagaan berusia 71 tahun itu mendakwa dirinya keturunan Long Yunus, seorang raja Kelantan yang memerintah negeri itu pada abad ke-18.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menggunakan kepala surat daripada Pertubuhan Kerabat D’Raja DYMM Long Yunus dalam satu dokumen untuk membenarkan pemandunya Chai Kok Leong mengendalikan Mercedes Benz miliknya.

Pendaftaran bagi Pertubuhan Kerabat D’Raja DYMM Long Yunus, bagaimanapun, telah dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 11 Februari 2011.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts