Kerabu daun mengkudu rahsia cergas hingga 100 tahun  

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 24 Dec 2016 10:00:55

HAJI Dollah Endut menyambut hari lahirnya yang ke-100 tahun di Kampung Pulau Pisang, Malim Nawar. – Foto Balqis Jazimah Zahari

KAMPAR: Mengamalkan pemakanan sihat dengan memakan kerabu daun mengkudu menjadi antara rahsia dan petua Dollah Endut kekal cergas hingga berusia 100 tahun.

Selain itu, Dollah yang dilahirkan pada 26 Oktober 1916 juga sentiasa membasahkan bibir dengan lafaz ‘Bismillah’ setiap kali melakukan sesuatu selain amalan membaca surah al-Mulk setiap malam terutama sebelum tidur.

Hasil daripada perkahwinan kedua dengan arwah isteri Zan Idris, mereka dikurniakan 11 anak. Kini, Dollah ada 41 cucu, 52 cicit dan empat piut.

Zan meninggal dunia 10 tahun lalu ketika berusia 70 tahun.

Dollah yang membahasakan dirinya sebagai `Tok’ berkata, sebagai ketua yang menerajui keluarga yang besar, beliau menerapkan nilai ciri-ciri kepemimpinan tinggi dan berpegang kepada prinsip hidup memiliki nilai agama yang tinggi harus diterapkan dalam jiwa anak-anak.

“Tok sebenarnya tidaklah mengamalkan terlalu banyak petua tetapi Tok memang suka sangat makan `pencuk’ (kerabu) daun Mengkudu, selain daun itu dan buahnya pula direbus untuk diminum sebab elok untuk mengelak sebarang penyakit.

“Syukur Allah panjangkan nyawa dan seronok diberikan rezeki dapat tengok anak, cucu, cicit dan piut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Lahir 100 Tahun Haji Dollah Endut dan Hari Keluarga 2016 di kediamannya di Kampung Pisang, Malim Nawar di sini, hari ini.

Majlis yang bermula seawal jam 8 pagi hingga 2 petang itu dipenuhi dengan pelbagai acara menarik iaitu perarakan, tayangan media, cabutan bertuah, memotong kek, sukaneka, tahlil dan solat zuhur berjemaah.

Dollah yang pernah bekerja sebagai `Homeguard’ ketika zaman darurat tahun 1948 berkata, dia juga berkebolehan dalam perubatan tradisional dan sering diminta mengubati oleh penduduk kampung.

“Hampir setiap hari penduduk datang berjumpa saya meminta rawatan pelbagai jenis penyakit seperti demam, batuk, bayi tidak boleh tidur termasuk yang mahu didoakan untuk bertemu jodoh,” katanya.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts