Kerajaan Berbincang Dengan Malaysia Airlines dan Batik Air Untuk Ambil Alih Pasaran Domestik AirAsia

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 16 Sep 2026 07:00:31

Kerajaan Malaysia sedang berbincang dengan Malaysia Airlines dan Batik Air sebagai sebahagian daripada perancangan untuk kemungkinan mengambil alih pasaran domestik AirAsia sekiranya berlaku masalah kewangan serius menurut laporan Reuters.

Perancangan dilakukan memandangkan AirAsia sedang berdepan masalah kewangan yang besar dengan ura-ura muncul awal bulan ini ia mungkin diambil alih kerajaan. Syarikat tambang murah ini berhutang dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sekurang-kurangnya RM500 juta.

Pada suku kedua yang lalu, ia mencatatkan kerugian bersih RM831 juta disebabkan kos bahan api melonjak dan kerugian tukaran asing. Semalam AirAsia dilaporkan memohon untuk meminda syarat-syarat pinjaman kredit swasta bernilai $200 juta (RM814.98 juta) daripada Ares Management Corp dan Indies Capital Partners. Perubahan ini untuk makluman bagi memastikan aliran tunai syarikat dapat diuruskan dengan lebih fleksibel dan stabil.

AirAsia menguasai sekitar 40% pasaran penerbangan Malaysia dan 60% pasaran penerbangan domestik, menjadikan isu ini kritikal kepada infrastruktur perjalanan udara negara. Malaysia Airlines dan Batik Air memberitahu kerajaan bahawa mereka hanya akan mengambil alih operasi AirAsia sekiranya mereka juga boleh mengambil alih pajakan pesawatnya. Menyerap laluan dan jumlah penumpang AirAsia tanpa pesawat adalah sukar bagi kedua-dua syarikat menggunakan pesawat sedia ada.

Nasib AirAsia kini berbeza dengan 15 tahun lalu dimana syarikat ditubuhkan Tony Fernandes ini dikatakan ingin mengambil alih Malaysia Airlines yang pada ketika tersebut bergelut dengan masalah kewangannya tersendiri.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts