Kerajaan Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Biadap Dan Menghina Agama Islam Insiden Individu Pijak Al-Quran

by Oh! Semput


10
SHARES
129
VIEWS
Posted on 25 Feb 2026 13:32:02


KUALA LUMPUR:  Kerajaan mengecam sekeras-kerasnya insiden melibatkan seorang individu yang memuat naik kandungan memijak al-Quran di platform media sosial Threads menggunakan nama akaun ryandaselva.

Menerusi hantaran di Facebook, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan perbuatan itu sebagai tindakan biadab, menghina agama Islam serta mencabar sensitiviti dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Saya telah mengarahkan siasatan dan tindakan segera oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Pada masa sama, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Madani berkata, MCMC akan menyelaras bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan menyeluruh dan tanpa kompromi, berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Sebarang perlakuan menyentuh sensitiviti agama dan mengancam ketenteraman awam tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman pada Rabu mengesahkan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan polis untuk siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial melalui hantaran yang tular sejak semalam. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts